Nafiizwan singkir idolanya di suku akhir

Saturday, April 7, 2018

Nafiizwan singkir idolanya di suku akhir

Nafiizwan singkir idolanya di suku akhir

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Mohd Nafiizwan Adnan mencipta kejutan apabila menundukkan juara bertahan, Nick Matthew di pusingan suku akhir skuasy perseorangan lelaki Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.

Anak jati Terengganu itu bagaimanapun terpaksa berhempas-pulas dalam tempoh 81 minit sebelum menundukkan pemain utama England itu dengan keputusan 7-11, 11-6, 10-12, 11-4, 6-11.

"Pertama sekali, Alhamdulillah.  Ini adalah kemenangan paling besar dalam hidup saya kerana Matthew merupakan antara idola saya dalam skuasy selepas beberapa kali menang Kejohanan Dunia.

"Bagi saya kunci utama kemenangan hari ini adalah kerana saya tidak menganggapnya sebagai legenda, sebaliknya dalam gelanggang hari ini, saya hanya menjadi diri saya sendiri.

รข€œSaya sudah lama mengimpikan medal di Sukan Komanwel. Jadi, diharapkan saya dapat memberi hadiah untuk Malaysia dan kedua-dua ibu bapa saya," katanya selepas perlawanan.

Kejayaan itu memastikan Nafiizwan menempah tiket ke separuh akhir dan bakal dicabar seorang lagi wakil England, James Willstrop esok.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment