Budak perempuan OKU parah jatuh van sekolah

Saturday, April 7, 2018

Budak perempuan OKU parah jatuh van sekolah

Budak perempuan OKU parah jatuh van sekolah

TELUK INTAN: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) parah selepas terjatuh dari van sekolah dinaikinya di depan rumahnya di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, Wan Ainul Aqilah Wan Ismail yang juga OKU fizikal di bahagian kaki, parah di beberapa bahagian anggota badan dan mengalami masalah paru-paru akibat kemalangan itu.

Bapanya, Koperal Wan Ismail Yaakob, 55, berkata dia yang sedang bertugas di IPD Hilir Perak dikejutkan dengan panggilan telefon isterinya, Sabariah Othman, 56, memaklumkan anak bongsunya itu kemalangan.

Katanya, dia kemudian bergegas ke Hospital Teluk Intan (HTI) dan terkejut melihat keadaan anak perempuannya itu yang sedang menerima rawatan akibat parah di beberapa bahagian badan kerana kemalangan itu.

"Doktor mengesahkan anak saya stabil dan saya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selepas laporan polis dibuat petang semalam," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan yang berlaku di Kompleks Perumahan IPD itu pada jam 5.30 petang semalam.

"Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah menaiki van berkenaan dan ketika tiba di lokasi, dia terjatuh dari van serta mengalami kecederaan retak tulang belakang.

"Mangsa masih dirawat di HTI dan siasatan lanjut kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment