Nabila Huda kecewa...
AKTRES berbakat besar, Nabila Huda berkongsi kekecewaan yang dirasainya apabila tidak dapat meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Nabila atau mesra dengan panggilan Abil memulakan pendakian ke gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada Khamis lalu bersama suami, Mohd Izwan Johar, 35, dan anaknya, Keisha Laila, 8 tahun.
Bagaimanapun ujar wanita berusia 33 tahun ini di Insta Stories dan beberapa posting di akaun Instagramnya, dia tidak berdaya untuk meneruskan pendakian biarpun perjalanan hanya berbaki tiga kilometer sahaja lagi selepas dia mengalami altitude sickness (penyakit ketinggian).
"Sangat-sangat menyedihkan apabila saya tidak dapat sampai ke puncak, hanya tiga kilometer sahaja tetapi saya gagal.
"Altitude sicknes membuatkan saya menghadapi sakit kepala pening macam nak pecah, lutut dah kejang, demam pulak ni," ujarnya.
Bagaimanapun Izwan dan Keisha tetap meneruskan pendakian ke puncak, manakala dia di bawa turun oleh malim gunung.
Mengakui tidak bersedia dan mempunyai kekuatan mental serta fizikal untuk mendaki gunung tersebut.
Malah ia secara tidak langsung menjadi pengajaran buatnya bahawa membuat keputusan mendaki Gunung Kinabalu adalah bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main.
"Sumpah naik gunung Kinabalu tidak kelakar langsung, jalan dia memang epik gila, mental dan fizikal kena kuat, saya tidak kuat.
"Saya rasa sangat emosi sekarang ini sebab rasa loser gila," katanya.
Sebelum ini anak kepada lagenda rock, Amy Search ini berjaya dalam pendakian sehingga ke kem pangkalan Annapurna di Nepal pada September tahun lalu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment