Monyet 'culik' bayi

Monday, April 2, 2018

Monyet 'culik' bayi

Monyet 'culik' bayi

NEW DELHI - INDIA . Polis di India kini 'memburu' monyet yang dipercayai menculik bayi lelaki berusia 16 hari yang mayatnya ditemui dalam perigi.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, ibu bayi tersebut melihat insiden itu di kediaman mereka di perkampungan Talabasta, di timur New Delhi namun dia tidak sempat menyelamatkan anaknya.

"Saudara mereka menemui mayat bayi itu di dalam perigi di belakang sebuah rumah, semalam sehari selepas ia dilarikan haiwan tersebut. Laporan bedah siasat menunjukkan bayi itu meninggal dunia kerana asfiksia berpunca daripada lemas.

"Ia mungkin terjatuh ketika dikendong haiwan tersebut," kata SM Baral.

Jelasnya, ia adalah kes jarang berlaku walaupun monyet sering menyebabkan kemusnahan harta benda di kawasan tersebut.

"Kami harap dapat tangkap monyet itu dalam tempoh seminggu," ujarnya yang menjelaskan polis turut bekerjasama dengan puak tempatan untuk menangkap haiwan terbabit.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment