Tuhan hantar Rafizi untuk bantu PKR

Sunday, July 29, 2018

Tuhan hantar Rafizi untuk bantu PKR

Tuhan hantar Rafizi untuk bantu PKR

AMPANG - Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa Tuhan telah menghantar Rafizi Ramli kepada parti itu untuk membantu ahlinya mengukuhkan parti.

Menurutnya, Naib Presiden PKR itu merupakan orang yang paling tepat untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan 'kepintaran' pemimpin muda seperti beliau.

Tambah Johari, kecemerlangan PKR dalam PRU14 adalah hasil dari kesungguhan dan kepintaran Rafizi yang beliau gelarkan sebagai Hang Nadim.

"Tuhan hantar seorang pemimpin muda untuk kita. Saya yakin dan percaya Tuhan hantar Rafizi untuk bantu kita teruskan perjuangan PKR.

"Daripada 51 kerusi, kita menang 49 kerusi Parlimen. Ia adalah pencapaian luar biasa. Ini adalah kerana kesungguhan, kepintaran Hang Nadim (Rafizi) kita.

"Kalau dulu Hang Nadim dihumban dalam laut, Hang Nadim ini akan kita pertahankan supaya tak dihumban ke dalam laut," katanya ketika berucap semasa menghadiri majlis memperkenalkan barisan calon  dalam pemilihan PKR yang bersama Rafizi, di sini, hari ini.

Johari yang juga calon Naib Presiden PKR menegaskan Rafizi merupakan pejuang yang tabah kerana beliau tetap berjuang meskipun tahu dirinya tidak dibenarkan bertanding dalam PRU14.

"Pernah ke lihat pemimpin yang dia tahu tak boleh bertanding, kerusinya (Pandan) diserahkan kepada orang lain tapi beliau sanggup gunakan wang sendiri untuk tubuhkan Invoke Malaysia.

"Dia jelajah ke seluruh Malaysia di mana kawasan PKR bertanding dan akhirnya PKR menang dengan cemerlang dalam PRU14," ujarnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment