Maut kerat zakar sendiri

Thursday, April 5, 2018

Maut kerat zakar sendiri

Maut kerat zakar sendiri

ESSEX - ENGLAND. Seorang lelaki di timur England meninggal dunia akibat pendarahan teruk selepas mengerat zakarnya sendiri menggunakan pisau pemotong daging.

Inkues penuh kematian Daniel Maher turut mendedahkan lelaki berusia 46 tahun itu mencederakan tangan kanannya sehingga hampir putus.

Maher yang meninggal dunia pada 30 September tahun lalu berhadapan masalah kesihatan mental sejak bertahun-tahun.

Mahkamah Koroner Essex diberitahu, beberapa jam sebelum kematiannya, Maher telah mengambil dadah selain meneguk arak bersama beberapa rakan di rumahnya.

"Pada awal pagi, seorang rakan cuba mengejutkan Maher di biliknya, namun panggilannya tidak dijawab," kata koroner, Paul Gamman.

Mayat Maher kemudian ditemui dalam keadaan melutut di sebuah bilik lain.

Sementara itu, pegawai penyiasat Chief Inspektor Stephen Jennigs mengesah kematian Maher bukan disebabkan perbuatan jenayah.

"Dia bukan mati serta-merta. Jadi dia ada masa untuk menghubungi ambulans atau polis.

"Tambahan pula, tiada tanda pergelutan di tempat mayatnya ditemui malah barang bukti juga tidak diganggu," kata Jennings. - Metro.co.uk



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment