Ini kisah sebenar David Beckham dan pelajar Indonesia ini

Monday, April 2, 2018

Ini kisah sebenar David Beckham dan pelajar Indonesia ini

Ini kisah sebenar David Beckham dan pelajar Indonesia ini

JAKARTA - Bintang bola sepak dunia, David Beckham, membuat pengumuman menerusi akaun Instagramnya, @davidbeckham bahawa ‘insta story’ miliknya akan ‘diambil alih’ oleh seorang remaja dari Indonesia yang memberi inspirasi kepadanya.

Remaja terbabit Sripun, 15, adalah bekas mangsa buli di sekolahnya namun kini remaja perempuan itu menjadi antara ikon yang membawa kesedaran mengenai bahaya buli dan kesan buruknya terutama terhadap golongan pelajar sekolah.

“Saya tidak sabar untuk Sripun berkongsi kehidupannya di Indonesia kepada anda semua dan bagaimana dia menangani buli di sekolahnya. @Unicef #Endviolence,” tulis Beckham yang melawat daerah Semarang, Indonesia baru-baru ini.

Pada 2015 dengan kerjasama agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef), bekas ketua pasukan bola sepak England itu menubuhkan badan amal 7 Fund, ia memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan remaja yang berisiko berhadapan dengan keganasan, penderaan dan penyakit.

Menurut Unicef, buli dan keganasan adalah antara kebimbangan terbesar bagi remaja di Indonesia, satu dalam tiga pelajar diserang secara fizikal di sekolah, hal ini menjadi menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan keciciran sekolah.

“Saya amat bangga melihat 7 Fund membantu Unicef menangani kes buli dan keganasan di sekolah di Indonesia, dan memastikan kanak-kanak, terutama perempuan, selamat di sekolah supaya mereka boleh meneruskan pendidikan,” katanya lagi. 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment