Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal

Monday, April 2, 2018

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal

SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak, pagi tadi.

Mohd Daud meninggal dunia pada usia 66 tahun pada jam 2.49 pagi.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Haminar Rashid, 41, berkata bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Ayah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari di Hospital Seri Manjung selama 12 hari selepas mengalami serangan jantung ketika pulang ke kampung halaman ibu.

"Namun, Allah lebih menyayanginya. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya.

Mohd Haminar Rashid berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Shah Alam tengah hari ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, selepas solat Asar.

Mohd Daud menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor selama sepenggal bermula 2004.

Allahyarham adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor dari 2001 hingga 2004.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment