Indonesia isytihar keadaan kecemasan
JAKARTA - INDONESIA. Indonesia telah mengisytiharkan keadaan kecemasan di sekitar pelabuhan Pulau Borneo, semalam susulan insiden tumpahan minyak dan kebakaran yang telah meragut empat nyawa pada akhir minggu lalu.
Ketua Agensi Alam Sekitar, Suryanto berkata, mereka telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang akan memarakkan lagi api tersebut.
Difahamkan, anggota mitigasi bencana berjaya mengawal kebakaran di bandar pelabuhan Balikpapan, Kalimantan Timur tersebut, namun mereka masih berusaha untuk menangani tumpahan minyak yang telah merebak ke kawasan seluas 12 kilometer persegi pada Sabtu lalu.
Sementara itu, syarikat gas dan minyak, Pertamina memaklumkan ia sedang menyiasat kejadian itu berikutan saluran paip bawah laut tidak mengalami kebocoran.
"Ketika ini, pasukan kami mengutamakan pengurusan insiden itu," kata Pengurus Komunikasi Luar Pertamina, Arya Dwi Paramita. - Reuters
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment