Henti ECRL beri kelebihan kepada Umno

Tuesday, April 3, 2018

Henti ECRL beri kelebihan kepada Umno

Henti ECRL beri kelebihan kepada Umno

KUALA KRAI - Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kemungkinan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang PRU14 dijangka memberi kesan positif kepada Umno.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat tersebut pasti tidak dipersetujui rakyat di ketiga-tiga negeri yang menerima manfaat daripada projek tersebut.

“Alhamdulillah, dengan aku janji itu, rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang pasti akan menolak cadangan beliau.

“Secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kepada Tun kerana telah membuat satu keputusan yang tepat,” katanya ketika hadir Pada Majlis Pemimpin  Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, hari ini.

Beliau berkata, tindakan Tun Mahathir itu dilihat bakal menolak undi rakyat di ketiga-tiga negeri terlibat kepada Harapan dan calon yang akan bertanding kelak.

Semalam, Tun Dr Mahathir menyuarakan hasrat kemungkinan Harapan menghentikan ECRL sekiranya menang PRU14.

Beliau mendakwa, projek ECRL yang membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bernilai RM55 bilion itu merupakan satu pembaziran.

Bagaimanapun beliau akan mengkaji semula projek tersebut sama ada perlu atau tidak.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian selepas menghadiri Program Bicara Bersama Tun M Siri 2.0: Cabaran Ekonomi Anak Muda anjuran Akademi Siasah Anak Muda (Aksi Muda), kelmarin.

ECRL merupakan projek transformasi yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di wilayah pantai timur apabila siap pada 2024.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment