Gerak kerja paling rapi BN Selangor

Friday, April 6, 2018

Gerak kerja paling rapi BN Selangor

Gerak kerja paling rapi BN Selangor

TANJONG KARANG - Gerak kerja jentera BN Selangor dilihat lebih rapi termasuk pengumuman manifesto lebih awal berbanding pilihan raya terdahulu.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, jika sebelum ini pengumuman manifesto agak lewat namun kali ini pihaknya lebih bersedia bagi berdepan PRU14.

“Saya belajar dari penga­laman terdahulu dan sudah lima kali bertanding. Saya boleh lihat gerak kerja kali ini lebih kemas dan bersedia.

“Bahkan manifesto ini sudah siap dan tunggu pengumuman pada pelancaran Ahad nanti,” katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai pengumuman manifesto BN Selangor.

Enggan mengulas lanjut mengenai manifesto yang dikatakan lebih mesra belia dan memperkasakan wanita itu, Noh hanya mahu memberikan kejutan melalui pengumuman pada Ahad nanti.

“Tunggu saya umum nanti dengan lebih terperinci. Tak boleh nak maklum sekarang. Pasal penamaan calon pula, biar SPR umum dulu tarikh penamaan calon.

“Bagi calon di Selangor pula, nama mereka sudah dibincangkan tiga kali tapi belum dimuktamadkan lagi,” katanya pada Program Ziarah Kasih, petang tadi.

Program lawatan enam rumah itu sempena Walkabout Parlimen Tanjong Karang di Kampung Haji Razali bersama Pengerusi JKKP Kampung Haji Razali, Boiran Karjan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment