Dun Terengganu bersedia jika Parlimen bubar
KUALA TERENGGANU - Dun Terengganu sudah membuat persiapan dan bersedia jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
Yang Dipertua Dun Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embing berkata, Dun Terengganu akan dibubarkan selepas pembubaran Parlimen dan mendapat perkenan dari Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menurutnya, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Dun Terengganu akan menyediakan surat pengisytiharan pembubaran dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan jawi.
"Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kemudiannya akan mohon menghadap Sultan Mizan untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi membubarkan Dun.
âSebaik sahaja Tuanku perkenan, barulah pengisytiharan pembubaran diwarta dan dikeluarkan. Kita kemudiannya akan serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kerajaan masih berjalan seperti biasa, sehinggalah kerajaan baharu ditubuhkan.
"Manakala jawatan Speaker atau Yang Dipertua Dun akan terbatal sehinggalah dewan bersidang semula,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment