Antara perang dunia dan perang PRU14
KITA di Malaysia kini berada dalam situasi âperangâ yang getir di dua peringkat. Di peringkat global, kita menyaksikan âperang hibridâ (Hybrid War) antara blok Barat pimpinan Amerika dan UK ke atas Rusia dan China, manakala di peringkat tempatan pula âperangâ Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diisytiharkan tidak lama lagi.
Bagaimana kedua-dua perang ini bakal mencorakkan masa depan kita dan anak-anak kita kelak?
Seluruh dunia sedang dilanda kebimbangan akibat âperang perdaganganâ yang mulai memuncak antara Amerika dan China.
Terbaharu, China telah bertindak membalas tarif yang dikenakan oleh AS ke atas eksport besi dan aluminiumnya dengan mengenakan tarif ke atas 128 produk import AS yang dianggarkan bernilai sebesar $3 bilion.
Sebelum ini, pada Mac 2018, Presiden Trump telah mengenakan sebanyak 25 peratus tarif ke atas import besi manakala 10 peratus ke atas import aluminium yang secara langsung memberi kesan ke atas eksport besi China.
Malah Trump turut mengisytiharkan bahawa tambahan tarif ke atas produk import China ke AS yang berjumlah $50 bilion bakal dikenakan.
Sememangnya diketahui bahawa blok Barat abad ke-21 kini tergugat dengan kebangkitan kuasa China dan Rusia. Selain perang perdagangan ke atas China, perang hibrid yang lebih terancang turut dikenakan ke atas Rusia.
Tidak cukup dengan sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas Moscow, kini kes cubaan membunuh perisik Rusia yang berpaling tadah ke British telah dimanipulasi.
Pada Mac 2018 bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak beliau Yulia Skripal telah cuba dibunuh dengan menggunakan ejen saraf Novichok di Salisbury, England.
Meskipun Rusia menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka, namun UK begitu pantas menuduh Moscow sebagai dalang cubaan membunuh tersebut dan dengan tergesa-gesa menghalau diplomat Rusia di UK dengan menuduh mereka sebagai âejen perisik yang berselindungâ.
Kes ini berlaku dalam keadaan Presiden Rusia Vladimir Putin berhadapan dengan Pilihan Raya Presiden dan bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.
Kedua-dua perang Barat ke atas China dan Rusia ini melibatkan pertaruhan besar yang bakal memberi implikasi strategik jangka masa panjang.
Perdagangan AS-China pada 2016 sahaja bernilai $578 bilion dengan China turut memiliki lebih daripada $1 trilion bon AS.
Diketahui bahawa China kini giat memajukan pesawat pejuang Generasi Kelima J-20 Chengdu, di samping pembinaan kapal induk pesawat udara (aircraft carrier) mereka sendiri dalam meluaskan kuasa tentera laut dan udara mereka.
Dalam kes Rusia pula, kuasa nuklear terbesar dunia itu kini juga giat memajukan pesawat Generasi Kelima mereka sendiri, Sukhoi T-50 PAK FA.
Pastinya pulangan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 bakal memberi impak positif ke atas usaha integrasi sistem avionik T-50 PAK FA lalu menyaingi F-22 Raptor milik Amerika.
Maka tidak hairanlah kempen propaganda besar-besaran ditujukan ke arah Rusia dan hampir 30 negara diketuai pakatan NATO mengusir diplomat Rusia dari negara mereka.
Bagaimana pula dengan kita? Pengumuman Perdana Menteri bahawa Barisan Nasional (BN) bakal mengisytiharkan manifestonya pada 7 April ini menandakan perang PRU-14 bakal berlangsung.
Tentunya kerajaan yang terpilih selepas âFather of All Electionsâ (Bapa Segala PRU) ini nanti bakal mencorakkan perjalanan kita sebagai sebuah negara dalam arus geopolitik dunia yang semakin terjerumus ke kancah âperang hibridâ besar-besaran.
Calon perdana menteri Pakatan Harapan (Harapan) Tun Mahathir telah mengisytiharkan bahawa projek mega China di Malaysia bakal disemak kembali, di samping Janji 60 Pakatan meletakkan negara di bawah kawalan komitmen asing seperti OECD, Bank Dunia, Open Government Partnership, Open Contracting Partnership, Open Budget Initiative, dan sebagainya.
Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula pada November 2017 lagi telah mengisytiharkan dukungan kepada Rusia (di samping Turki, Qatar, dan Iran) yang selari dengan visi Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) âFasa 3: Malaysia Memimpin 2041-2051â.
Kita nantikan pula hala tuju tawaran manifesto BN.
*
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment