Diplomat AS mula keluar dari Rusia

Wednesday, April 4, 2018

Diplomat AS mula keluar dari Rusia

Diplomat AS mula keluar dari Rusia

MOSCOW - RUSIA. Kumpulan pertama 60 diplomat Amerika Syarikat (AS) yang diusir susulan kes racun bekas perisik Kremlin meninggalkan kedutaan Washington di Moscow awal hari ini.

Puluhan diplomat AS dan keluarga mereka dilihat meninggalkan kedutaan menaiki tiga bas pada jam 6.30 pagi waktu tempatan menuju ke lapangan terbang.

Gelombang penyingkiran diplomat tercetus berikutan kes racun menggunakan ejen saraf dikenali sebagai Novichok ke atas Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia pada 4 Mac lalu di Salisbury, England.

Britain menuduh Moscow mendalangi cubaan bunuh tersebut namun disangkal keras Kremlin.

Ekoran insiden itu, lebih 150 diplomat Rusia diarahkan keluar dari AS, Kesatuan Eropah, negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta beberapa negara lain.

Moscow turut mengusir 60 diplomat AS dari Rusia, selain menutup konsulat di St Petersburg dalam langkah timbal balik. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment