'Spot check' telefon pasangan satu jenayah di Arab Saudi

Wednesday, April 4, 2018

'Spot check' telefon pasangan satu jenayah di Arab Saudi

'Spot check' telefon pasangan satu jenayah di Arab Saudi

RIYADH - ARAB SAUDI. Pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin terpaksa berfikir dua kali sebelum membuat 'spot check'  ke atas telefon bimbit pasangan masing-masing kerana ia kini dianggap perbuatan jenayah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Penerangan Arab Saudi jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan dikenakan hukuman penjara setahun.

Peraturan itu sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa, minggu lalu.

Kementerian berkata, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu serta maklumat peribadi mereka. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment