Cawangan kedua Zurich di Kedah

Friday, April 6, 2018

Cawangan kedua Zurich di Kedah

Cawangan kedua Zurich di Kedah

ZURICH Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) terus melebarkan perniagaan apabila membuka cawangan terbaharu di Alor Setar, Kedah.

Cawangan terbaharu yang terletak di Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan Mergong 2 merupakan yang kedua selepas Sungai Petani.

Upacara perasmian disempurnakan Pengarah Eksekutif Zurich Malaysia, Philip Smith dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Malaysia, Salim Majid Zain.

Cawangan sudah pun memulakan operasinya pada Februari lalu.

“Perkembangan ini menandakan usaha pengendali takaful untuk mencapai dan memberi perkhidmatan terbaik khusus kepada pelanggan di bahagian utara tanah air,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Zurich Malaysia kini mempunyai 13 cawangan di seluruh negara.

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment