BN yakin rampas Dun Sekinchan

Monday, April 2, 2018

BN yakin rampas Dun Sekinchan

BN yakin rampas Dun Sekinchan

SABAK BERNAM - BN bertekad untuk merampas semula Dun Sekinchan selain terus mengekalkan Parlimen Sungai Besar dan Dun Sungai Panjang pada PRU14.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin pengundi di Sekinchan inginkan anak tempatan bertanding di kerusi berkenaan.

Menurutnya, calon Dun Sekinchan yang diketengahkan MCA iaitu Lee Yee Yuan, mampu mengembalikan semula kerusi itu kepada BN.

"Calon ini cukup muda, berkelayakan dan berpendidikan. Sekinchan adalah milik anda dan jadikan Sekinchan sebagai kubu kuat BN selain daripada Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam," katanya pada Majlis Pelancaran Jentera PRU14 Parlimen Sungai Besar di Pekan Pasir Panjang, di sini, malam ini.

Ahmad Zahid berkata, calon BN Sekinchan perlu memperoleh sekurang-kurangnya 924 undi majoriti bagi merampas kerusi Dun Sekinchan pada PRU14 kali ini.

"Kita kalah di Dun Sekinchan pada 2004 sebanyak 344 undi, manakala pada 2008 kita tewas sebanyak 190 undi, tetapi pada 2013, kita kalah 2, 239 undi," katanya.

Beliau memberitahu, BN kali ini lebih bersedia bagi menghadapi PRU14 berbanding dua PRU sebelumnya.

"Kalau dulu, sistem komunikasi kita guna cara lama dan tak ambil kaedah media atas talian, sedangkan masa kini, media atas talian menguasai 82 peratus informasi berbanding dahulu ," katanya.

Beliau berkata, masalah BN sebelum ini, bukanlah kerana musuh kuat, sebaliknya akibat sikap sesetengah pihak kecewa hingga sanggup mensabotaj parti.

"Siapa saja dari calon BN kita perlu sokong kerana kita telah mempunyai semangat tinggi untuk menang," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment