'Pilih Biru' bukan sekadar ungkapan

Thursday, April 5, 2018

'Pilih Biru' bukan sekadar ungkapan

'Pilih Biru' bukan sekadar ungkapan

JOHOR BAHRU - ‘Kita Pilih Biru, Tolak Pakatan Haru Biru’ bukan sekadar ungkapan tapi  ia merupakan satu peringatan jelas kepada rakyat khususnya di kalangan pengundi yang akan membuat pilihan pada PRU14 nanti.

Adun Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, tagline berkenaan yang diilhamkan ketika pelancaran jentera BN Johor pada minggu lalu amat signifikan kepada perkembangan yang berlaku hari ini.

Menurutnya, BN telah terbukti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam menerajui negeri berbanding Pakatan Harapan (Harapan) yang masih terkial-kial mencari kaedah terbaik untuk meyakinkan rakyat.

“Kita di Johor menerusi kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama kepimpinan lain telah melaksanakan yang terbaik untuk seluruh rakyat negeri ini tanpa mengira batas kaum dan lapisan rakyat.

“Golongan muda, belia dan pelbagai golongan lain yang terangkum sebagai rakyat Johor mendapat pelbagai manfaat yang kita rancang dan laksanakan.

“Perumahan untuk rakyat kita buat, program untuk menggalakkan bidang keusahawanan juga diberi perhatian dan pelbagai pelaksanaan lain. Inilah track record kita untuk diterjemahkan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Zulkurnain berkata, atas dasar dan hakikat berkenaanlah ‘Pilih Biru’ seharusnya diperhalusi secara mendalam oleh masyarakat mengapa perlu menolak pembangkang.

“Apa pun pelancaran jentera Jumaat lalu meningkatkan lagi semangat kita di kalangan jentera serta seluruh penyokong dan pendukung parti untuk terus mengorak langkah mendepani PRU yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment