Bekas presiden Ukraine kongsi pengalaman diracun pada 2004

Monday, April 2, 2018

Bekas presiden Ukraine kongsi pengalaman diracun pada 2004

Bekas presiden Ukraine kongsi pengalaman diracun pada 2004

KIEV - UKRAINE . Bekas Presiden Ukraine, Viktor Yushchenko berkongsi pengalaman beliau diracun pada 2004 di tengah-tengah kemarahan antarabangsa ke atas Rusia yang didakwa meracun bekas perisiknya, Sergei Skripal pada 4 Mac lalu.

Menurut Yushchenko, 64, beliau mengalami kecacatan mengerikan selepas termakan dioksina, bahan kimia terdapat dalam agen oren ketika sedang makan malam bersama Ketua Perkhidmatan Keselamatan kira-kira 14 tahun lalu.

"Saya mengalami keradangan dan nanah mula keluar di seluruh tubuh saya," katanya yang ketika itu memimpin Revolusi Oren dan bersaing dengan calon pro-Rusia, Viktor Yanukovych.

Menurut siasatan ke atas kejadian itu yang masih berlangsung hingga kini, dioksina itu dimasukkan dalam nasi yang dihidangkan kepadanya. 

"Tidak ragu-ragu lagi, Rusia adalah dalang di sebalik serangan agen saraf di Salisbury. Ini kerana agen oren digunakan untuk meracun saya adalah seperti simbol kepada Moscow kerana saya adalah pemimpin utama dalam Revolusi Oren bertujuan untuk membawa Ukraine lebih dekat dengan Eropah dan menjauhi Kremlin," ujarnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment