Bekas guru besar maut kereta bertembung lori

Sunday, April 8, 2018

Bekas guru besar maut kereta bertembung lori

Bekas guru besar maut kereta bertembung lori

RANTAU PANJANG - Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Hamid 1 maut dalam kemalangan, selepas kereta dipandu bertembung dengan lori di Simpang Tiga Banggol Petai, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa Md Saffie Mat Ali, 64, meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak mangsa, Md Samsuza Md Saffie, 38, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh ibunya beberapa minit selepas kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, katanya, dia mendapati kereta Axia remuk di bahagian depan manakala pasukan bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan bapanya dari tempat pemandu.

“Selepas dihubungi ibu, saya berdoa di sepanjang perjalanan agar ibu bapa saya selamat. Namun saya reda, bapa meninggal di tempat kejadian,” katanya.

Samsuza berkata, selepas solat Subuh berjemaah di masjid, bapa dan ibu dalam perjalanan ke rumah ibu saudara yang sakit di Kampung Padang Siam.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment