60,000 pengunjung RTM 2018 Zon Utara
TELUK INTAN - Penganjuran Road To MAHA (RTM) 2018 Zon Utara di Dataran Menara Condong mencapai sasaran luar jangkaan apabila dihadiri seramai 60,000 pengunjung.
Program yang berlangsung selama dua hari ini bermula bermula awal pagi semalam dan berakhir malam ini mengatasi jumlah pengunjung RTM 2018 Zon Sabah dan Sarawak di Lundu, Sarawak 24 hingga 25 Mac lalu seramai 24,000 orang.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, jumlah berkenaan melebihi sasaran awal kementerian seramai 25,000 orang untuk dua hari acara berkenaan.
âKita menerima sambutan begitu hebat pada program kali ini kerana pada mulanya kami menyasarkan 25,000 pengunjung tetapi mengikut rekod yang diperoleh seramai 60,000 pengunjung hadir pada RTM 2018 Zon Utara di Dataran Menara Condong.
âPengunjung paling ramai adalah pada malam perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan jumlah pengunjung yang hadir adalah 40,000 orang,â katanya kepada pemberita selepas acara terakhir RTM 2018 Zon Utara iaitu Konsert Gegar Peladang, malam tadi.
Menurut Tajuddin, MOA berjaya mengutip nilai jualan sebanyak RM250,000 sepanjang program berkenaan dengan empayar makanan berjaya mengutip nilai jualan tertinggi sebanyak RM103,000.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment