20,000 dijangka meriahkan perasmian FKAT

Friday, April 6, 2018

20,000 dijangka meriahkan perasmian FKAT

20,000 dijangka meriahkan perasmian FKAT

TAWAU: Lebih 20,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sempena perasmian Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Ke-7, malam Ahad ini.

Festival sehari bertemakan 'Kebudayaan Untuk Kedamaian Serantau' itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden MPT, Alijus Sipil, berkata festival itu membabitkan 29 etnik di Sabah dari segi keunikan pakaian dan alat muzik tradisional turut diadakan.

Katanya, acara tahunan itu amat ditunggu-tunggu masyarakat di daerah ini, apatah lagi ia akan dihadiri pemimpin nombor satu negara.

"Pada festival kali ini, persembahan dibahagikan kepada tiga segmen membabitkan etnik di bahagian pesisir pantai, etnik pedalaman dan diakhiri persembahan etnik jemputan dari Indonesia, Thailand dan China.

"Kemuncak festival akan dimeriahkan dengan persembahan kumpulan muzik Akim and The Majistret.

"Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bermula hari ini hingga Ahad termasuk pembukaan 150 gerai jualan termasuk 29 gerai pameran etnik," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan MPT, hari ini.

Alijus turut mengumumkan Perdana Menteri akan merasmikan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau, Isnin ini.

"Kewujudan UTC adalah idea cetusan Perdana Menteri untuk faedah penduduk di daerah ini apabila jumlah pengunjung untuk proses pengurusan mencecah 3,000 hingga 4,000 orang sehari," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment