178 sarang dadah dikenalpasti
KOTA BHARU â" Sebanyak 178 'portâ atau sarang penagihan dadah berisiko tinggi yang telah dikenalpasti seluruh negara akan dihapuskan menjelang akhir tahun hadapan yang dijangka akan mengurangkan masalah penagihan dadah secara total sehingga 70 peratus.
Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Abdul Rahman Hamid berkata, usaha berkenaan giat dijalankan sejak dua tahun lepas.
Mengikut statistik, katanya sebanyak 57 peratus penghuni penjara seluruh negara merupakan pesalah bagi kes berkaitan penyalahgunaan dadah.
âJusteru, kita menyeru masyarakat serta pemimpin-pemimpin masyarakat supaya bersama kerajaan untuk mengambil tindakan memerangi dadah secara habis-habisan sehingga mencapai sifar masalah dadah,â katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Lukisan Mural Program âMy Beautiful City Bandar Sejahteraâ di Dataran Ilmu.
Beliau berkata sarang kegiatan penagihan dadah yang dihapuskan akan dicantikkan termasuk menghiaskannya dengan lukisan mural. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment