14 kes pecah rumah di PD selesai
PORT DICKSON - Polis berjaya menumpaskan suspek utama yang terlibat dengan pecah rumah sekitar daerah ini.
Susulan itu, polis percaya telah menyelesaikan sebanyak 14 kes pecah rumah melibatkan kerugian berjumlah RM40,000 di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya seorang lelaki, pada 27 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu ditangkap di Tanjung Keling Melaka.
Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong di pantai peranginan itu diberkas pada pukul 5.30 petang oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson yang melakukan serbuan di kediamannya.
âDaripada soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku terbabit dalam 14 kes pecah rumah di sekitar Telok Kemang antara Oktober tahun lepas sehingga pertengahan Mac lalu.
"Modus operandi suspek adalah dengan menyasarkan rumah kondominim sewaktu penghuninya keluar bekerja,â katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Hari Polis ke-211 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini,hari ini.
Zainudin berkata, suspek turut bertindak menjual barangan yang dicuri itu ke beberapa premis pajak gadai dan premis alat telekomunikasi di sekitar daerah ini.
Daripada tindakan itu, seramai sembilan pembeli yang merupakan warga tempatan berusia 20 hingga 30 tahun, ditahan kerana membeli barangan kes.
"Kita juga minta kesemua mangsa tampil ke IPD Port Dickson bagi melakukan pengecaman barangan milik mereka yang pernah dicuri sebelum ini.
âSuspek akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat mengikut Sekyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk kediaman dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan barang curi,â katanya.
Terdahulu, seramai 100 anggota IPD Port Dickson menyertai program menderma darah, yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Polis ke 211.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment