11 usahawan Malaysia lulus program eFounders Fellowship 2018 Alibaba

Friday, April 6, 2018

11 usahawan Malaysia lulus program eFounders Fellowship 2018 Alibaba


Naib Presiden Alibaba Group, Brian Wong berkata, 11 usahawan itu adalah antara 37 usahawan Asia yang mengikuti program intensif selama 11 hari yang bertujuan untuk membolehkan usahawan muda membuka potensi mereka dan merapatkan jurang digital.

Katanya, program itu membantu memupuk generasi baharu usahawan muda Malaysia dengan keupayaan untuk membentuk ekosistem digital Malaysia.

“Perbincangan menyeluruh me­ngenai isu dan pertanyaan berte­rusan untuk memahami fenomena digital di China membolehkan mereka mendapat idea dan pendekatan baharu bagi menghasilkan model pembangunan yang lebih inklusif dan lestari.

“Pelan perniagaan lebih baik ini akan memberi manfaat kepada perniagaan mereka sendiri dan juga kepada komuniti mereka di negara masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program eFounders Fellowship 2018 berkenaan mengga­lakkan keterangkuman dan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital yang berkembang pesat.

Usahawan Malaysia terlibat antaranya pengasas pelbagai platform e-dagang tempatan seperti Avana, PasarTap, TripFez, Dropee, StoreHub, GoGet dan TheLorry.

UNCTAD dan Alibaba me­ran­cang memperkasakan 1,000 usahawan di negara memba­ngun dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menggunakan transformasi digital dalam pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment