11 usahawan Malaysia lulus eFounders program Alibaba

Friday, April 6, 2018

11 usahawan Malaysia lulus eFounders program Alibaba

11 usahawan Malaysia lulus eFounders program Alibaba

11 usahawan Malaysia sudah menamatkan program eFounders Fellowship 2018, satu inisiatif bersama oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) dan Alibaba Business School.

Mereka adalah antara 37 usahawan Asia yang mengikuti program intensif selama 11 hari yang bertujuan membolehkan usahawan muda membuka potensi mereka dan merapatkan jurang digital.

Dalam satu kenyataan bersama, UNCTAD dan Alibaba berkatam, program itu membantu memupuk generasi baharu usahawan muda Malaysia dengan keupayaan untuk membentuk ekosistem digital Malaysia, menggalakkan keterangkuman dan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital yang berkembang pesat.

Usahawan Malaysia itu adalah pengasas pelbagai platform e-dagang tempatan seperti Avana, PasarTap, TripFez, Dropee, StoreHub, GoGet dan TheLorry.

“Perbincangan menyeluruh mengenai isu dan pertanyaan berterusan untuk memahami fenomena digital di China membolehkan mereka menemui idea dan pendekatan baharu untuk model pembangunan yang lebih inklusif dan lestari bagi perniagaan mereka sendiri dan untuk manfaat komuniti mereka di negara masing-masing,” kata Naib Presiden Alibaba Group Brian Wong.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment