Maut gara-gara lembu melintas

Sunday, December 3, 2017

Maut gara-gara lembu melintas

Maut gara-gara lembu melintas

GEMAS â€" Seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda (4x4) maut apabila kenderaan yang dinaiki merempuh seekor lembu yang sedang melintas jalan di kilometer 15, Jalan Gemas-Rompin, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Zakariya Hussin, 57, yang beralamat di Kampung Datuk Sri Kemayan disahkan meninggal dunia di Hospital Jempol kira-kira jam 1.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah 4x4 jenis Toyota Hilux dan juga seekor lembu.

“Berdasarkan siasatan awal,  kenderaan yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Gemas menuju ke Rompin bersama empat penumpang lain.

“Sampai di lokasi kejadian, pemandu telah merempuh seekor lembu yang melintas jalan berkenaan.  Susulan rempuhan berkenaan, penumpang hadapan iaitu mangsa telah mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dada serta dikejarkan ke Hospital Jempol,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hamazah berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Jempol kira-kira jam 1.00 pagi dan empat mangsa lain mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan lanjut amsih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment