Isu jeti nelayan: Kerajaan negeri jangan berdolak-dalik

Saturday, December 30, 2017

Isu jeti nelayan: Kerajaan negeri jangan berdolak-dalik

Isu jeti nelayan: Kerajaan negeri jangan berdolak-dalik

PELABUHAN KLANG - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berasa kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang berdolak-dalik dalam isu status jeti nelayan dan pusat pendaratan ikan khususnya di Pelabuhan Klang.

“Saya dapat aduan daripada Persatuan Nelayan Pelabuhan Klang mengenai sikap berdolak-dalik kerajaan negeri khususnya mengenai status tanah bagi jeti-jeti dan pusat pendaratan ikan yang ada di perairan negeri Selangor.

“Saya lihat ini isu yang serius kerana jika kerajaan negeri tak berikan status tanah khusus kepada nelayan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) secara fokus, nelayan-nelayan ini akan kehilangan tempat bergantung.

“Paling penting kita kena wartakan sesuatu kawasan untuk sesuatu kegunaan, daripada maklumat saya terima, ada perancangan daripada pihak kerajaan untuk buat pembangunan di kawasan tersebut, jadi timbul keresahan dalam kalangan lebih 800 nelayan berkaitan status jeti dan pusat pendaratan ikan untuk jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi LKIM berkata demikian ketika hadir ke Program Jualan Ikan dan Ayam Harga Patut yang diadakan di Dataran Perantau, semalam.

“Jika kerajaan negeri terus dengan sikap seperti ini, bukan sahaja nelayan akan jadi mangsa, malah rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment