Fizo kongsi pengalaman di bilik bedah
DIKURNIAKAN bayi perempuan, Fizo Omar teruja berkongsi pengalaman melihat isterinya, Mawar Abdul Karim melalui proses bersalin di dewan pembedahan.
Selebriti berusia 32 tahun ini menceritakan detik-detik paling bermakna itu menerusi akaun Faceboknya(FB), hari ini.
"Tak tahu macam mana aku nak cakap perasaan aku masa tu, bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistantnya âmemotongâ perut Mawar secara live depan mata aku dan keluarkan zuriat aku dan Mawar.
"Syukur Alhamdulillah, aku diizinkan oleh-Nya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk Mawar nak hamil dulu.
"Dan..aku juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir Mawar bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama kami," tulisnya.
Biarpun bimbang keadaan anaknya, bintang filem Cinderella ini juga bagaikan tidak percaya apabila terus diberi kekuatan untuk berada di sisi isterinya itu.
"Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok tu macam tak percaya yang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat âmagic momentâ tu.
"Dalam kepala aku bukan la nak memikirkan pasal darah atau perut bini aku âditebukâ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku, dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri," luahnya.
Bagaimanapun, pelakon filem 7 Petala Cinta ini mengakui mengalirkan air mata kegembiraan saat anaknya selamat dilahirkan.
"Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar, tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..Subhanallah aku mcm tak percayaâ¦WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!..itulah yang bermain di kepala aku.
"Aku sampai tak ada kekuatan untuk nak pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang nurse sedang buat kat anak aku.
"Mereka tepuk tapak kaki dan baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allahâ¦," tulisnya.
Malah, Fizo juga sempat mengazankan anak perempuannya.
"Tibalah saat yang paling aku nantikanâ¦.AZAN seorang bapa..," tulisnya.
Kata Fizo lagi, memiliki anak adalah salah satu tujuan utama dalam hidupnya.
"Ye lah mana taknya, bukan sahaja empat tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri," luahnya.
Mawar selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.78 kilogram secara pembedahan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, pada 29 Disember lalu.
Fizo dan Mawar bernikah pada 10 November 2013.
Terdahulu, pasangan dua sejoli ini pernah mendapatkan rawatan kesuburan selepas berkahwin lebih dari dua tahun.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment