Selepas keluar Pas, Mahfuz tetapkan tempoh 'idah' sebulan
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa 11.59 malam ini memberi tempoh hingga penghujung Januari 2018 untuk membuat keputusan sekali gus menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.
"Sekarang merupakan tempoh bertenang. Insya-Allah hujung Januari (umum sertai mana-mana parti).
"Malah pengumuman menyertai parti baru itu kelak akan dibuat pada satu sidang media khas di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Ahad.
Ditanya sama ada beliau akan mengekalkan kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz berkata, perkara itu bukan keutamaan beliau sebaliknya apa yang penting selama berkecimpung dalam arena politik adalah untuk umat dan negara.
"Saya tidak terfikir lagi hendak bertanding atau tidak. Semua itu terpulang kepada pucuk pimpinan gabungan saya kelak.
"Saya lebih susah hati kalau rakyat susah dan akan senang hati kalau rakyat senang hati," katanya.
Selain itu, Mahfuz menambah, beliau tidak akan membuang kenangan sepanjang menyertai Pas dalam lipatan sejarah hidupnya.
"Sejarah tidak boleh dimansuhkan dan saya tidak akan membuang sejarah saya dalam Pas," katanya.
sumber: astroawani

Terdahulu, pada sidang media di Alor Setar, Mahfuz berkata, beliau mendapat tawaran daripada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah, PKR dan juga DAP.
Ditanya sama ada beliau akan mengekalkan kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz berkata, perkara itu bukan keutamaan beliau sebaliknya apa yang penting selama berkecimpung dalam arena politik adalah untuk umat dan negara.
"Saya tidak terfikir lagi hendak bertanding atau tidak. Semua itu terpulang kepada pucuk pimpinan gabungan saya kelak.
"Saya lebih susah hati kalau rakyat susah dan akan senang hati kalau rakyat senang hati," katanya.
Selain itu, Mahfuz menambah, beliau tidak akan membuang kenangan sepanjang menyertai Pas dalam lipatan sejarah hidupnya.
"Sejarah tidak boleh dimansuhkan dan saya tidak akan membuang sejarah saya dalam Pas," katanya.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment