Rumah Ahli Parlimen Bukit Katil dipecah masuk

Sunday, December 31, 2017

Rumah Ahli Parlimen Bukit Katil dipecah masuk

Rumah Ahli Parlimen Bukit Katil dipecah masuk

MELAKA: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengalami kerugian lebih RM20,000 susulan rumahnya dipecah masuk oleh perompak dalam kejadian di Bukit Baru, di sini, malam tadi.

Shamsul Iskandar yang juga Naib Presiden PKR berkata, kejadian itu hanya disedarinya sebaik pulang bersama keluarga dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam sebelum mendapati keadaan rumahnya sudah berselerak akibat diselongkar oleh kumpulan perompak.

"Akibat kejadian ini saya kehilangan dua unit komputer riba yang digunakan atas urusan kerja, barang kemas milik isteri termasuk dua utas gelang tangan emas, empat jam tangan, dua beg sekolah anak serta tabung milik mereka.

"Saya menyedari perompak memasuki rumah melalui bahagian belakang rumah susulan jeriji besi pada bahagian tingkap dipotong sebelum mereka menyelongkar rumah," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Shamsul Iskandar yang mendakwa mengalami kerugian lebih RM20,000 berkata, sebaik kejadian itu beliau segera membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru, sebelum pegawai penyiasat serta pasukan forensik tiba untuk menjalankan siasatan.

"Malah, saya turut dimaklumkan yang kes ini (pecah masuk kediaman) adalah kejadian keempat yang berlaku di kejiranan ini sepanjang bulan Disember sahaja.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang segera bertindak dan menjalankan siasatan atas kejadian ini sehingga jam 5.30 pagi tadi," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment