Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan

Sunday, December 3, 2017

Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan

Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di daerah Raub menurun kepada 38 mangsa daripada 10 keluarga berbanding 68 mangsa dari 19 keluarga tengah hari tadi. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi kekal tiga di surau Rancangan Rumah Murah Cheroh 3, balai raya Kampung Ulu Sungai dan balai raya Kampung Kuala Semantan.

"Seramai 10 mangsa daripada dua keluarga berada di PPS Cheroh 3, dua mangsa daripada satu keluarga di balai raya Kampung Ulu Sungai dan 26 mangsa daripada tujuh keluarga di balai raya Kuala Semantan.

"Secara umumnya, hujan renyai-renyai masih berlaku di kawasan hulu Sungai Liang, Sungai Lipis dan beberapa kawasan sekitar Raub," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Zainal berkata, pihaknya turut menerima aduan kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Kelit, dekat sini,  kira-kira jam 3 pagi tadi, namun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, setakat ini satu jalan ditutup untuk kenderaan ringan iaitu Jalan Sengkela-Chenua, berikutan ditenggelami air sedalam 0.4 meter.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment