Tiga maut Alza dirempuh Ford Ranger

Sunday, December 31, 2017

Tiga maut Alza dirempuh Ford Ranger

Tiga maut Alza dirempuh Ford Ranger

MIRI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pikap dan Perodua Alza di kilometer 97 persimpangan Jalan Beluru-Lapok di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan jam 3.30 petang, mangsa yang terbunuh ialah dua wanita dan seorang lelaki penumpang Alza iaitu Tan Ai Shan, 27, Eyeo Chun Hua, 50, Tan Kheing Wei, 60 tahun.

Pemandu Alza dan pikap cedera dan kini dirawat di Hospital Miri.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuaasan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John, berkata siasatan awal mendapati pemandu Ford Ranger dari arah Long Lama ke Miri hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan sebelum merempuh Alza.

"Semua mayat mangsa dihantar ke hospital Miri untuk bedah siasat. Punca kejadian masih disiasat," katanya hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment