Pemilik syarikat kerugian RM370,000, pejabat dipecah masuk
KAJANG - Pemilik sebuah syarikat kerugian RM370,000 apabila pejabatnya di kawasan Perusahaan Bandar Baru Bangi, dipercayai dipecah masuk penjenayah pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan pengadu kira-kira jam 10.45 pagi.
"Menurut pengadu, dia mendapati pejabat di tingkat dua dan tiga dalam keadaan berselerak. Suspek dipercayai memasuki pejabat itu melalui tingkapdrmp bilik mesyurat di Ground Floor.
"Peti besi yang menyimpan barang kemas , jam, laptop dan wang tunai telah terbuka dan barang - barang di dalamnya telah tiada," katanya.
Beliau berkata, pihak forensik tiba di lokasi kejadian serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Premis berkenaan ada CCTV namun rakamannya tidak jelas. Kita masih meneruskan siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Sekyen 457 Kanun Keseksaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment