Malaysia negara terbaik bela golongan veteran tentera
SEGAMAT â" Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Segamat menyifatkan Malaysia antara negara terbaik di Asia Tenggara yang masih terus membela golongan veteran.
Ketua Cawangannya Kapten (B) Ismail Jamil berkata, Kementerian Pertahanan (Mindef) di bawah pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga telah memberi banyak bantuan sama ada kepada anggota yang masih dalam perkhidmatan atau mereka yang telah berpencen.
âSekarang ini kami (veteran) memang banyak terbela dari segi kebajikan dan jika dibandingkan veteran dahulu dan sekarang memang banyak bezanya dan kami berharap usaha murni untuk membela veteran ini dapat diteruskan dan diperkasakan lagi.
âVeteran memang banyak dibantu seperti dibina rumah, memberi dana kebajikan dan insentif yang bukan sahaja diberikan kepada golongan veteran, malah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya,â katanya.
Beliau berkata kepada pemberita semasa Program Sukan Rakyat PVATM Cawangan Segamat dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Parlimen Segamat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jementah, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Presiden SRCC Parlimen Segamat, Bastien Onn.
Pada masa sama, beliau menyeru agar semua bekas tentera di daerah ini datang mendaftarkan sebagai ahli persatuan bagi memastikan penyaluran maklumat daripada kedua-dua pihak dapat disalurkan dengan mudah.
âSekiranya tidak berdaftar sebagai ahli, sukar untuk kita mengesan mereka sama ada untuk mendapatkan maklumat mahupun menyalurkan maklumat berkaitan bantuan dan PVATM memang membela ahli-ahlinya setakat ini.
âMenerusi program hari ini, kita juga dapat merapatkan hubungan antara ahli-ahli PVATM dengan pemimpin tempatan dan kita mahu mereka tahu bahawa nasib dan kebajikan veteran ATM ini akan terus diperjuangkan dan dibela,â katanya.
Sementara itu, Bastien yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Segamat berkata, beliau sedia mmenjadi penghubung di antara PVATM Segamat dengan Datuk Seri Hishammuddin agar suara mereka terus didengari.
Menurutnya, selain itu, veteran tentera yang sudah banyak berjasa kepada negara juga diharapkan terus menyokong kerajaan dan tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang berterusan mencari salah kerajaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment