2,900 kasut sekolah diagih

Sunday, December 31, 2017

2,900 kasut sekolah diagih

2,900 kasut sekolah diagih

MEREKA yang menerima sumbangan kasut sekolah melalui Kempen Derma Kasut tetapi tidak sesuai dari segi saiz dan warna, boleh menukarnya di mana-mana kedai Bata di sekitar Seremban.

Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, proses penukaran itu sepertimana dipersetujui dengan syarikat pengeluar,  hanya melibatkan model yang sama.

“Tidak perlu bawa sebarang resit sebagai bukti penerimaan. Cuma bawa kasut dan kotaknya sekali ke kedai untuk proses penukaran.

“Sebab itu kita tidak kisah bayar harga runcit dengan diskaun bagi setiap kasut. Kelebihannya, boleh tukar kalau saiz dan warnanya tidak betul.

“Berbeza halnya kalau beri kasut sekolah secara terus dari kilang. Memang lebih murah, tapi tidak boleh ditukar selepas itu,” katanya.

Beliau turut meminta mereka yang ada dalam senarai tetapi masih belum menerima kasut sekolah, supaya datang ke pejabatnya untuk tindakan susulan.

Gelagat penerima yang sedang menunggu giliran untuk mengambil kasut sekolah masing-masing.

“Bukan mudah mengendalikan 2,900 pasang kasut. Pertamanya dari aspek untuk mendapatkan wang ringgit. Seterusnya melibatkan logistik untuk hantar semua kasut itu,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Ampangan, kelmarin.

Media melaporkan sebelum ini, kempen anjuran MCA Seremban bersama Pertubuhan Budaya Kreatif dan Pendidikan itu bertujuan membantu pelajar yang kurang berkemampuan di 46 sekolah.

Menurutnya, proses pengumpulan dana sumbangan orang ramai diadakan pada 22 hingga 28 Disember lalu, manakala pengagihan kasut pula dibuat pada 30 Disember.

“Syarikat pengeluar bersetuju memberi harga istimewa kepada kita iaitu RM35 bagi sepasang kasut, berbanding harga pasaran yang lebih tinggi,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment