Tuduhan Muhyiddin tidak berasas
SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai langkah persempadanan semula merupakan salah satu taktik kotor Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya adalah tidak berasas.
Menurutnya, Muhyiddin boleh berkata apa sahaja namun itu tidak akan menjejaskan persiapan BN menghadapi PRU14 selain akan terus memberikan khidmat bakti kepada rakyat.
âCakaplah apa yang dia (Muhyiddin) suka. Kami BN tetap sentiasa fokus sama ada membantu rakyat atau menyusun strategi untuk menang menjelang PRU14 nanti.
âDia dulu pun semasa dalam Umno merupakan orang nombor dua negara yang pernah dalam banyak pilihan raya, menyusun strategi untuk Umno dan BN,â katanya.
Mat Nadzari yang juga Adun Batang Kali turut memulangkan paku buah keras kepada Muhyiddin apabila mengatakan mungkin bekas timbalan perdana menteri itu pernah menggunakan strategi kotor semasa berada di dalam kerajaan.
Katanya, jika Muhyiddin pernah menggunakan taktik kotor merencanakan strategi bagi memastikan BN memenangi pilihan raya sebelum ini bermakna beliau telah memalitkan kerja yang tidak betul kepada ahli Umno dan BN yang melaksanakannya.
âKami adalah orang yang taat perintah dan pelaksana kepada arahan mereka (sebelum ini), mungkin dia ada pengalaman ketika itu dengan buat kerja kotor dan jijik.
âKalau tidak dia takkan cakap macam itu. Dia kena minta ampun pada kami dulu kerana memalitkan kerja tak betul dia ke atas kami. Kami jujur dengan perjuangan, sebab itu kami masih setia dengan Umno dan BN,â katanya.
Kelmarin, Muhyiddin mendakwa persempadanan baharu kawasan pilihan raya merupakan salah satu 'taktik kotor' Umno dan BN untuk kekal berkuasa namun tetap tidak akan menjamin kemenangan kepada BN.
Katanya, Umno dan BN akan melakukan apa saja dalam pilihan raya umum untuk kekal berkuasa kerana bimbang segala penyelewengan yang dilakukan sebelum ini akan terdedah.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, Umno dan BN tiada kena mengena dalam soal persempadanan semula pilihan raya, sebaliknya perkara itu di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
âIni bagi saya hanya sekadar andaian dia (Muhyiddin) saja, mungkin dia panik menjelang PRU14 hingga membuat dakwaan dan andaian seperti itu untuk menjatuhkan BN,â katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Azhari juga tidak menolak kemungkinan kenyataan Muhyiddin itu bagi menutup kelemahan Bersatu selain bimbang dengan sokongan rakyat terhadap BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
âDi peringkat Shah Alam, kita akan terus buat kerja kita, persempadanan baru atau tidak kita tak ada masalah, kita tidak bersandarkan kepada keputusan persempadanan baru untuk menang sebaliknya khidmat kita kepada rakyat.
âKalau persempadanan lama sekali pun kita tiada masalah dan tetap yakin dengan sokongan rakyat,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment