Cubaan bunuh isteri hamil melalui renjatan elektrik gagal

Sunday, December 31, 2017

Cubaan bunuh isteri hamil melalui renjatan elektrik gagal

Cubaan bunuh isteri hamil melalui renjatan elektrik gagal

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Polis menangkap seorang lelaki yang cuba membunuh isterinya yang hamil melalui renjatan elektrik lapor Mirror.co.Uk.

Michael Wilson, 32 tahun menggunakan pengecas bateri kereta untuk memasang peranti elektrik dan meletakkannya di tombol pintu rumah mereka, Ketika itu, isterinya tiada di rumah kerana melawat keluarga di Tennessee.

Perangkap tersebut jelas menyebabkan kecederaan serius malah boleh membawa kematian kepada sesiapa yang cuba membuka pintu tersebut.

Dalam pada itu, Wilson juga turut menukar status laman Facebooknya daripada berkahwin kepada duda beberapa jam sebelum memasang perangkap tersebut.

Cubaan Wilson gagal apabila dia melarang anak kecil memegang pintu tersebut membuatkan isterinya curiga dan segera meminta pertolongan ayah tirinya, Jon Flositz untuk memeriksa rumah tersebut sebelum memanggil pihak berkuasa.  

Menerusi Facebook, Jabatan Polis Daerah Flagler menjelaskan bahawa Wilson mempunyai masalah mental yang serius namun enggan mendapatkan rawatan.

Dia kemudiannya ditangkap pihak polis semasa cuba melarikan diri dan ditahan di bawah kesalahan cubaan membunuh dan mencederakan orang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment