Bersatu tuntut jawatan PM bukan untuk glamor
SHAH ALAM - Bersatu memang mahukan jawatan perdana menteri, namun ia bukan untuk tujuan 'glamor' semata-mata.
Sebaliknya Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tuntutan ke atas jawatan itu dibuat parti kerana Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pemimpin paling layak untuk memegang jawatan tersebut.
"Jawatan Perdana menteri bukan semata-mata kerana kuasa, sebaliknya jawatan itu penting kerana bagaimana seseorang yang menjawat jawatan itu menggunakan kuasa untuk kepentingan rakyat.
"Kuasa perdana menteri itu memberi impak besar kepada rakyat.
"Jika seorang perdana menteri itu menyalahgunakan kuasa, bebannya akan ditanggung rakyat berpuluh tahun lamanya," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Bersatu, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, negara memerlukan pemimpin yang berpengalaman dan ada rekod cemerlang serta mampu menyelesaikan krisis semasa.
"Nak menangani kerosakan institusi kerajaan, kerosakan imej negara, rasuah tahap gaban, semua ini bukan kerja mudah.
"Jangan sesiapa nampak seorang perdana menteri itu dengan kuasanya sahaja, sebaliknya jawatan itu diisi dengan amanah dan tanggungjawab," katanya lagi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment