Ketat betul kawalan keselamatan Bersatu

Saturday, December 30, 2017

Ketat betul kawalan keselamatan Bersatu

Ketat betul kawalan keselamatan Bersatu

SHAH ALAM - Saringan keselamatan luar biasa di Perhimpunan Agung Bersatu hari ini dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, langkah keselamatan perlu diambil bagi memastikan kelancaran majlis.

"Apa yang kami lakukan adalah untuk memastikan keselamatan semua anggota parti, bila himpunan sebegini berlaku, kami tahu ia menjadi tumpuan bukan sahaja perwakilan malah orang luar.

"Orang luar akan cuba masuk ke dewan dan ia boleh mencetuskan sebarang kemungkinan, macam-macam boleh berlaku," katanya ketika ditemui Sinar Online, hari ini.

Tinjauan Sinar Online di Pusat Ideal Conventional Centre (IDCC) hari ini mendapati perwakilan atau peserta yang ingin turut serta dalam dewan perlu melepasi saringan keselamatan luar biasa.

Berbeza dengan perhimpunan agung mana-mana parti sebelum ini, Bersatu boleh dikatakan meletakkan 'standard' tinggi, sama dengan saringan keselamatan di lapangan terbang.

Langkah keselamatan termasuk mengesan sebarang peralatan atau senjata merbahaya dengan menggunakan alat pengesan logam.

Perwakilan juga diminta beratur di beberapa lorong yang disediakan sebelum beg tangan masing-masing diperiksa oleh anggota keselamatan dipercayai daripada syarikat swasta.

Abu Bakar yang bertanggungjawab mengetuai kawalan keselamatan pada program itu turut meningkatkan jumlah krew keselamatan juga daripada 50 orang ke 65 orang.

"Kawalan keselamatan ini telah dirancang dan dipraktikkan sejak seminggu lalu.

"Kita tak mahu ada yang datang membawa bunga api atau mercun bagi menimbulkan sebarang kekecohan," katanya lagi.

Abu Bakar bagaimanapun tidak dapat memberi jawapan tepat apabila ditanya sama ada menerima ancaman daripada mana-mana pihak untuk mengganggu perjalanan program.

"Biasalah khabar angin dan cakap-cakap orang ada di mana, apa yang penting kita ambil langkah keselamatan dulu," ujarnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment