ADUN Lepar meninggal dunia

Saturday, December 30, 2017

ADUN Lepar meninggal dunia

ADUN Lepar meninggal dunia

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia di kediamannya, dekat Sungai Isap Damai, di sini, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 55 tahun mula dipilih mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar dalam Parlimen Paya Besar, sejak 2008.

ADUN Panching, Datuk Mohd Zaili Besar yang juga sahabat baik Allahyarham antara yang terawal mengunjungi kediaman keluarga itu, pagi ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang juga ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Seri Abdul Manan Ismail ketika dihubungi mengesahkan berita sedih itu.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana jam 11.00 pagi ini untuk solat jenazah.

Allahyarham yang dikatakan menghidap penyakit kencing manis mengadu kurang sihat sejak minggu lalu, namun masih mengadakan pelbagai program turun padang di kawasannya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Jalan Kuantan-Gambang, selepas solat Zohor hari ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment