14 mangsa banjir di Kampung Jeram Tekoh dipindahkan

Sunday, December 31, 2017

14 mangsa banjir di Kampung Jeram Tekoh dipindahkan

14 mangsa banjir di Kampung Jeram Tekoh dipindahkan

GUA MUSANG - Seramai 14 mangsa banjir melibatkan dua keluarga di Kampung Jeram Tekoh, di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh, semalam.

Pusat pemindahan berkenaan dibuka pada jam 3 pagi ekoran ketiga-tiga zon (Zon 1,2 dan 3) di kawasan berkenaan mula dinaiki air.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, Mohd Yussalmi Yusoff berkata, biarpun trend air menurun dan hujan sudah reda, namun penduduk diminta untuk berjaga-jaga.

"Penduduk di nasihatkan supaya segera berpindah ke PPS sekiranya air mula naik. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi rumit.

"Biarpun hujan sudah reda, namun pemantauan berkala akan terus dibuat demi menjaga keselamatan penduduk yang terjejas," katanya lagi.

Bulan lalu, Kampung Jeram Tekoh, antara kawasan yang turut terlibat dalam kejadian banjir termasuk Kampung Limau Kasturi, Kampung Kerinting, Tanah Puteh dan Bandar Lama.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment