Lebih 40,000 murid Tahun Satu di Kedah, Terengganu

Sunday, December 31, 2017

Lebih 40,000 murid Tahun Satu di Kedah, Terengganu

Lebih 40,000 murid Tahun Satu di Kedah, Terengganu

ALOR SETAR: Seramai 30,409 murid Tahun Satu di seluruh Kedah memulakan sesi persekolahan 2018, hari ini.

Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan negeri, Abdullah Abdul Manaf, berkata ia membabitkan seramai 8,361 murid di daerah Kuala Muda/Yan, Kota Setar (5,799), Kulim/Bandar Baharu (5,080), Kubang Pasu (3,471), Baling/Sik (3,290), Langkawi (1,678), Pendang (1,626) dan 1,104 murid di Padang Terap.

"Semuanya berjalan lancar hari ini dan pegawai jabatan sentiasa memantau agar tiada sebarang masalah berlaku," katanya.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, seramai 20,631 murid Tahun Satu memulakan hari pertama persekolahan di 352 sekolah rendah.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata daripada jumlah itu, seramai 10,370 ialah murid perempuan dan 10,261 murid lelaki.

"Bagi pelajar Tingkatan Satu pula,seramai 19,759 mendaftar di 150 sekolah menengah seluruh Terengganu pagi ini.

"Alhamdulillah hari pertama persekolahan hari ini berjalan lancar meskipun terdapat beberapa kawasan yang dilanda hujan sejak malam tadi," katanya .

Ketika ini terdapat 489 guru berkhidmat bagi prasekolah, 11,632 guru di sekolah rendah dan 10,462 guru di sekolah menengah di seluruh Terengganu. - BERNAMA



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment