Laungan 'hidup Tun' bergema di AGM Bersatu

Friday, December 29, 2017

Laungan 'hidup Tun' bergema di AGM Bersatu

Laungan 'hidup Tun' bergema di AGM Bersatu

SHAH ALAM - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu bergema dengan laungan 'hidup Tun' sewaktu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampai ucapannya kepada perwakilan.

Ketika berucap, Muhyiddin dilihat menyatakan sokongan agar pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat memainkan peranan utama dalam kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih tampuk pemeritahan negara.   

Sejurus ucapannya itu, seluruh perwakilan yang hadir terus berdiri sambil mengangkat tangan dengan laungan 'hidup Tun'.

Di samping itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa Tun Mahathir mempunyai pengalaman memimpin Malaysia selama 22 tahun dan membawa negara ini ke zaman kegemilangannya.

"Kita tidak ragu-ragu bahawa Tun Mahathir bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan yang lain akan meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul,"katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan, Biro Politik PKR bersetuju dengan cadangan menjadikan Tun Mahathir sebagai perdana menteri sementara, dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, seandainya pakatan pembangkang memenangi PRU14 nanti.

Namun, laporan itu turut menyebut, persetujuan itu datang dengan syarat, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dalam tempoh enam hingga 12 bulan gabungan pembangkang itu berkuasa.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa Bersatu turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan di atas persefahaman dan kerjasama erat yang telah dijalinkan.

Beliau berkata, dalam waktu yang singkat, banyak perkara telah dicapai oleh Pakatan Harapan yang merupakan sebuah gabungan parti politik baharu.

"Kerjasama erat ini akan memperkukuhkan lagi Pakatan Harapan  bagi memastikan kemenangan dalam PRU14 nanti,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment