1,000 bakal sertai larian 2 tahun berbeza

Saturday, December 30, 2017

1,000 bakal sertai larian 2 tahun berbeza

1,000 bakal sertai larian 2 tahun berbeza

LANGKAWI: Mula berlari tahun ini dan tamat tahun depan.

Itu keunikan Langkawi Fun Nite Run 2017-2018 yang dijadual berlangsung malam ini dan berakhir awal pagi esok.

Tidak hairanlah 1,000 peserta mengesahkan untuk menyertai larian dalam 'dua tahun' berbeza itu, sekali gus berpeluang membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000.

Acara itu julung kali dianjurkan bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) bertujuan memeriahkan sambutan tahun baharu, selain memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara kaum.


KETUA Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir. - Foto Hamzah Osman

Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir, berkata 1,000 peserta termasuk dari dalam dan luar negara mendaftar dan bersedia menyertai acara itu yang dibahagikan kepada lima kategori utama.

Katanya, kategori dipertandingkan itu termasuk Terbuka Lelaki dan Wanita (18 hingga 49 tahun) membabitkan larian sejauh 10 kilometer (km), manakala Lelaki dan Wanita Veteran (50 tahun ke atas) dan Terbuka (18 tahun ke bawah) sejauh 5 km.

"Acara ini dijangka bermula jam 10.30 malam ini dan penamatnya dijangka awal pagi esok, iaitu selari dengan matlamat kita untuk memberi peluang peserta berlari dalam dua tahun berbeza.

"Ia sengaja disusun sebegitu bagi memberikan keunikan dan kemeriahan kepada penduduk tempatan dan pelancong yang berada di sekitar Dataran Lang untuk meraikan sambutan Tahun Baharu 2018," katanya.

Pelepasan peserta bakal disempurnakan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

Selain membawa pulang cenderahati, peserta yang mendaftar turut berpeluang memenangi cabutan bertuah seperti hamper barangan makanan dan barangan elektrik.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment