Menurut pelakon itu, keputusan tersebut dibuat sejak awal lagi dengan keputusan bersama suaminya, Mohamad Nedim Nazri.
"Saya cuma rahsiakan jantina ini kepada umum sahaja. Saya, ahli keluarga dan rakan-rakan kebanyakannya dah tahu.
"Biarlah jantina bayi ini jadi kejutan buat peminat ketika saya bersalin nanti," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Oh Most Wanted di sini hari ini.
Dijangka bersalin pada 9 Mac depan, Nora mengakui dia agak teruja untuk menyambut kelahiran kedua ini selepas sembila tahun tidak mengandung.
Tambahnya, kandungan kali ini juga agak berbeza daripada sebelum ini disebabkan faktor umur.
"Sekarang saya mengandung pada usia 30-an jadi beri kesan pada badan. Baru-baru ini saya sakit tulang pinggul sehingga sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
"Alhamdulillah, sekarang dah baik. Saya tidak ada alahan dan makan pun sentiasa berselera. Itu yang berat sekarang naik hingga 15 kilogram" jelasnya.
Pasangan Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac lalu dalam satu majlis tertutup di Glasshouse At Seputeh. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment