PDRM baharui 'sumpah keramat': KPN

Sunday, December 31, 2017

PDRM baharui 'sumpah keramat': KPN

PDRM baharui 'sumpah keramat': KPN

KUALA LUMPUR: Mempertahankan kedaulatan negara, menjaga kesejahteraan masyarakat dan memelihara integriti pasukan adalah antara perkara yang akan terus diperjuangkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelang tahun baharu 2018.

Serentak itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengajak seluruh warganya untuk memperbaharui 'sumpah keramat' dan janji setia untuk berjuang ke arah matlamat itu sambil berdoa supaya pengorbanan mereka diberkati serta dirahmati Allah.

Beliau pada masa sama turut berdoa agar polis terus diberi kekuatan untuk memartabatkan pasukan demi agama bangsa dan negara.

"Pada titik pengakhiran 2017 ini, kita mulakan kehidupan yang baharu dengan membawa bersama seribu kenangan dan pengalaman berharga yang semakin mendewasakan kita.

"Semoga kita terus cekal dan tabah serta berupaya menghadapi apa juga cabaran yang bakal mendatang," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru 2018 menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Sempena kedatangan tahun baharu ini juga, Mohamad Fuzi turut mengajak seluruh pasukannya untuk terus menanamkan semangat kental dalam diri serta menjalankan tugas dengan penuh iltizam.

Beliau turut berharap supaya hubungan antara polis dan masyarakat akan terus dipererat serta bersatu hati dalam usaha memacu Malaysia ke arah kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.

"Semoga 2018 membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua, InsyaAllah," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment