Tun M mungkin bertanding pada PRU14

Saturday, December 30, 2017

Tun M mungkin bertanding pada PRU14

Tun M mungkin bertanding pada PRU14

SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan bahawa beliau akan bertanding pada PRU14 akan datang.

Bercakap semasa sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Bersatu yang pertama, beliau mungkin bertanding di tiga kawasan Parlimen, seperti yang diminta oleh beberapa pihak.

"Soalan ini saya lazim terima dan saya ingin nyatakan bahawa saya mungkin bertanding di tiga kawasan ini (iaitu) Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya.

"Mereka memberitahu saya bahawa saya mempunyai peluang cerah untuk memenangi tiga kawasan ini. Jadi, bersedialah," katanya, hari ini.

Mahathir menjawab soalan pihak media yang bertanyakan sama ada beliau akan bertanding atau tidak pada pilihan raya umum akan datang, memandangkan namanya disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri sementara sekiranya Harapan memenangi pertandingan itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment