Mahfuz umum pendirian politik esok

Saturday, December 30, 2017

Mahfuz umum pendirian politik esok

Mahfuz umum pendirian politik esok

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bakal membuat kejutan mengenai pendirian politiknya, pada satu sidang media, esok.    

Mahfuz yang sebelum ini dilihat cenderung Pakatan Harapan, masih tidak menyatakan pilihan parti politiknya menjelang PRU14 walaupun didesak berkali-kali.

Persoalan itu bakal terjawab petang esok, pada sidang media yang akan diadakan di Royale Signature, Alor Setar.     

Pegawai Khas Ahli Parlimen Pokok Sena, Zulkifli Ismail sekadar memaklumkan Mahfuz akan memperjelaskan status politik beliau menjelang berlabuhnya tirai 2017.

Mahfuz disebut-sebut bakal mengikut jejak Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang menyertai Bersatu, 30 November lalu.

Sama ada beliau memilih Bersatu atau Amanah masih menjadi teka-teki, berikutan sering dilihat menghiasi pentas ceramah kedua-dua parti itu.         

Walaupun Mahfuz terlebih dahulu menunjukkan kecenderungan menyokong Pakatan Harapan dengan menerajui aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) sejak 2016, namun belum berhasrat menukar jersi politiknya, selain tegaskan misinya dalam Pas belum selesai.     

Mahfuz antara tiga YB Pas Kedah yang dilabel ‘harumanis’ atau tiga sekawan, selain Amiruddin  dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.    

Mahfuz menang kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999, sebelum tewas pada calon BN (2004), namun kembali merampas kerusi itu pada PRU12 dengan majoriti 5,371 undi, beliau satu-satunya calon parlimen Pas yang kekalkan kemenangan pada PRU13 lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment