Gunting rambut percuma sebelum mula sekolah

Sunday, December 31, 2017

Gunting rambut percuma sebelum mula sekolah

Gunting rambut percuma sebelum mula sekolah

BENTONG: Hampir 60 murid menyertai program Gunting Rambut Percuma anjuran Puteri UMNO cawangan Kampung Baru di pekarangan Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah, di sini, hari ini.

Program yang masuk tahun kedua itu diadakan sempena sesi persekolahan 2018 yang akan bermula Selasa ini.

Ketua pergerakannya, Wan Hazirah Wan Razali, berkata program itu bertujuan membantu meringankan beban keluarga, terutama yang mempunyai anak ramai.

"Alhamdulillah, Puteri UMNO Cawangan Kampung Baru bersyukur program ini mendapat sambutan apabila ramai ibu bapa menghantar anak mereka menggunting rambut secara percuma ini.

"Sejajar 'tagline' Puteri Prihatin, kami sentiasa cuba membantu rakyat menerusi program kemasyarakatan seperti ini," katanya.

Seramai dua tukang gunting dibawa bagi menjayakan program itu. Selain menggunting rambut secara percuma, pergerakan Puteri UMNO cawangan itu turut menganjurkan pertandingan mewarna yang disertai hampir 50 kanak-kanak.

Wan Hazirah berkata, program itu sekali gus mengingatkan mereka yang disiplin dari segi sahsiah diri perlu diutamakan ketika mengikuti pembelajaran di sekolah.

Keterangan gambar:

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kampung Baru, Bentong, Wan Hazirah Wan Razali (belakang, tiga dari kiri) dan ahli jawatankuasanya bersama lima daripada hampir 60 murid sekolah rendah yang menyertai program Gunting Rambut Percuma anjuran pergerakan itu di Bentong, hari ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment